Semasa sesi penggulungan YAB Ketua Menteri/Menteri Kewangan di Dewan Undangan Negeri Sabah pada hari terakhir sebelum Sidang Dewan di tangguh petang 22April 2009, ADUN tunggal DAP dari Sri Tanjong membuat kekecohan yang memalukan. Beberapa kali ADUN DAP tersebut mengganggu ucapan penggulungan yang di buat Datuk Musa dengan nada keras menengking sambil
menyebut perkataan ‘unparliamentary’ seperti ‘Kau’ berkali-kali ,tidak mengendahkan arahan Speaker Dewan untuk duduk serta membuat tuduhan tanpa asas bahawa YAB Ketua Menteri seorang ‘Diktator’.
Aksi memalukan yang di lakukan beliau amatlah mencemar kemuliaan Dewan Undangan Negeri Sabah dan dengan berteriak-teriak tidak keruan beliau seakan-akan beranggapan bahawa beliau berada di kedai kopi atau di pasar ikan!
Episod tersebut bermula apabila YAB Ketua Menteri menyentuh dan menjawab beberapa isu serta persoalan yang di bangkitkan oleh ADUN-ADUN semasa sesi perbahasan Usul Ucapan Terima Kasih atas Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah.
Semasa menjawab persoalan tentang beberapa batang jalanraya di kawasan Ulu Kalumpang yang rosak, YAB Ketua Menteri menjelaskan bahawa jalan-jalan tersebut tidak dapat di perbaiki buat sementara waktu kerana ianya belum di gazet sebagai Jalan Kerajaan dan masih di bawah Jalan Estate atau Jalan Peribadi Pekebun Kecil. Penjelasan ini gagal di fahami ADUN DAP tersebut dan beliau berkeras mahu Kerajaan melakukan pembaikan tersebut dengan alasan Kerajaan Sabah telah mengenakan Cukai Jualan Minyak Sawit Mentah terhadap semua pekebun kelapa sawit termasuk pekebun kecil.
Sebenarnya umum mengetahui bahawa Cukai Jualan Minyak Sawit Mentah (CPO Sales Tax) sebanyak 7.5% hanya dikenakan terhadap Penggilang Minyak Sawit Mentah dan tidak di kenakan kepada penjualan Buah Sawit Tandan Segar. Sehubungan itu, dakwaan bahawa pekebun-pekebun kecil sawit turut di kenakan cukai jualan 7.5% adalah tidak tepat dan mengelirukan.
Sebelum Cukai Jualan 7.5% terhadap CPO di kuat-kuasakan oleh Kerajaan Negeri, Industri Sawit di Sabah yang kebanyakannya di miliki syarikat-syarikat gergasi dari Semenjung Malaysia telah mengaut keuntungan ribuan juta ringgit tanpa memberi sebarang pulangan kepada Negeri Sabah, yang telah begitu banyak memberikan kemudahan infrastruktur seperti kemudahan jalanraya, pelabuhan, serta lain-lain keperluan asas. Syarikat-syarikat tersebut kalau pun membayar cukai , namun cukai tersebut di bayar langsung kepada Kerajaan Persekutuan. Yang lebih mendukacitakan lagi, kakitangan syarikat pun kadangkala di-bawa dari Semenjung Malaysia, manakala pekerja buruh pula adalah terdiri dari pekerja kontrak dari negara jiran Indonesia.
Diatas kebijaksanaan YAB Datuk Musa selaku Menteri Kewangan Sabah, Cukai Jualan CPO yang mula di perkenalkan beberapa tahun lalu telah mampu menyumbang hasil yang lumayan untuk Negeri Sabah. Dalam tahun 2008, jumlah pungutan hasil Cukai Jualan CPO mencecah RM1 Billion, yakni melebihi 30% dari Jumlah keseluruhan kutipan Hasil Negeri sebanyak RM3.34 Billion. Inilah dana yang akan di gunakan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi melaksanakan pembangunan berterusan Negeri Sabah untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira samaada di bandar maupun di luar bandar.
Dalam pada itu, sebagai kerajaan yang bertanggung jawab dan perihatin terhadap masaalah pekebun-pekebun kecil sawit terutama yang memiliki tanah kurang dari 15 ekar, kerajaan telah menubuhkan Skim Bantuan Khas dan Pinjaman Mudah untuk Pekebun-Pekebun Kecil Sawit. Pada 8 Januari 2009,Kerajaan Negeri telah mengumumkan Dana RM50 Juta sebagai tabung khas bagi membantu Pekebun Kecil Sawit (PKS) yang menghadapi masaalah kewangan berikutan kejatuhan harga komoditi tersebut melalui skim-skim yang di sebut di atas.
Selain itu, Jabatan Pertanian Sabah menyediakan pelbagai jenis bantuan untuk PKS berkelompok seperti bantuan dana buka kawasan dengan kadar RM750 sehektar,bibit sawit @160 pokok/sehektar,
bantuan baja/racun kimia, peralatan ladang dan juga perkhidmatan bimbingan serta nasihat.
Agensi-agensi lain seperti SLDB, Sawit Kinabalu, FELDA, FELCRA, Lembaga Pertubuhan Peladang dan lain-lain juga mempunyai skim serta kaedah masing-masing untuk membantu PKS (kebanyakannya Pekebun- Pekebun Bumiputera) yang terdapat di Negeri ini .
I was just now searching around about this when I came by your post. I’m simply stopping by to say that I definitely liked seeing this post, it’s very clear and well written. Are you planning towrite more on this? It appears like there is more material here for future posts.
Bagaimana pula MP Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar(BN) yang selalu juga mengeluarkan percakapan yang jauh lebih teruk di Parllimen.?
Datuk sebagai ahli politik yang lebih senior patut ajar YB Jimmy agar menggunakan DEWAN yang mulia ini dgn penuh hormat.
Bagi aku J$#%Y tu langsung tiada kredibiliti untuk menjadi seorg pemimpin… kemenangannya di dun tawau tu pun hanyalah satu kebetulan atau boleh dikatakan ‘lucky’ kerana pada masa itu rakyat disentimenkan dgn isu minyak yg mmg panas… Peralihan undi kpd DAP tu pun bagi aku adalah satu protes terhadap krjn..ye lah semua pun mengeluh minyak naik masa tu. buka main wiranya dia dlm membantah kenaikan harga minyak siap buat memorndum lagi tuh..tapi bila harga minyak turun brg2 kat kedai dia tak turun2 pun biar sesen..
Cuba tgk isu2 yg selalu dia timbulkan…isu air contohnya…. kalau korang pernah nampak kempennya masa pilihanraya lepas dia dgn bangganya menyatakan dia telah berjaya membuat perubahan terhadap sistem pembayaran bil air di tawau kerana tak pyh lagi susah2 bawak duit cash ..skrg pakai check ma… apa ndak siap tunjuk gambarnya terjatuh di tolak bos jabatan air lagi… kalau dia jatuh mo selamatkan org dak palah jugak… pastu ada apa2 bulat2 mesti dia salahkan kerajaan… sampah dak dikutipla, sungailah… dia ni dak pikirka… apa had yg krjn boleh lakukan… krjn pun ada bajet… klu mau krjn byr kontraktor kutip sampah setiap jam… rasanya boleh jugak tapi nanti ada isu pulak jalan raya ndak naik taraflah, lubang sana sini… ye lah bajet lari ke situ…pastu klu krjn mo kasi naik cukai mo kasi penuh demandnya tambahlah dia mengambur air liurnya tuh…Cubaklah ambl inisiatif skit turun padang buat kempen kebersihan. at least ada lah skit kurang skit sampah dari tau menyembur liur jak.
apa lagi…klu korang perhatikan betul2, bentuk perjuangan J$#%Y ni lebih berbentuk perjuangan peribadi,,,…isu ‘open space’lah,parkir lah susah dia mo letak kenderaan jauh2 mo ke kedainya.. isu grant tanahlah… tak der kena mengenapun untuk kebajikan rakyat.. skdr isu palm oil hakikat
Adakalanya jiwa yang berkobar-kobar membuat seseorang itu lupa diri buat seketika. Itulah yang berlaku ke atas ADUN DAP itu
NOTA: Ada juga yang memang rendah tatasusilanya.