NAJIB CONTOH PEMIMPIN YANG CAKAP SERUPA BIKIN

Saya baru selesai menghadiri kenduri tahlil arwah ayah kepada sahabat saya yang kebetulan tinggal berjiran sebelah pagar. Semasa minum-minum teh tarik selepas makan malam, kami sembang-sembang tentang isu semasa yang berlaku di seluruh negara. Salah seorang yang turut hadir dalam majlis tersebut adalah mantan pegawai tinggi kerajaan Sabah yang sudah pun pencen tapi masih memegang jawatan sebagai Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarah beberapa Badan Berkanun dan GLC Negeri Sabah. Dia menyatakan kekagumannya terhadap penampilan serta cara YAB Dato Najib dalam menyampaikan ucapan. Tambahnya lagi, setiap kali mendengar Dato Najib berucap, dia tidak pernah merasa jemu malah seakan-akan mahu terus mendengar ucapan yang lebih panjang. Begitu lah hebatnya Dato Najib, yang bukan sahaja ucapannya penuh berisi bahkan disampaikan dengan penuh karisma, gaya bersahaja,mampu menaikkkan semangat pendengar dan sekali-sekala di selangi jenaka yang membuat para pendengar tertawa terbahak-bahak.
Semasa berucap di hadapan lebih 15,000 rakyat Sabah yang berhimpun di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 5hb Mei 2009 , YAB Dato Najib sekali lagi berjaya memukau rakyat pelbagai suku-kaum, agama serta adat-resam, dengan ucapan yang sungguh berani dan memberangsangkan. Antara sedutan ucapan beliau yang menarik adalah seperti di bawah:
“Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan bermakna pemimpin serta wakil rakyat mesti benar-benar berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat,jadi hamba kepada rakyat. Pemimpin mesti turun padang mendengar masaalah rakyat dan berusaha menyelesaikan masaalah yang di hadapi oleh rakyat secepat yang mungkin. Dengan cara ini maka sudah pasti pemimpin akan sentiasa berada di hati rakyat”
“Tak payah tunggu jemputan sebagai wakil rakyat untuk turun padang berjumpa rakyat, tak payah diundang, tak perlu ada bunga manggar, tidak payah hamparan permaidani merah, tak payah tunggu jurukamera televisyen ada, tak payah protokol-protokol atau rasmi-rasmi”
“Ada banyak bezanya kalau kita diberi taklimat dalam bilik berhawa dingin,duduk dikerusi empuk, tapi kalau kita turun padang tengok masaalah yang ditanggung rakyat dengan mata-kepala kita sendiri, kita hidu baunya maka barulah kita tahu apa masaalah rakyat yang sebenarnya. Inilah stail yang saya mahu dari semua pemimpin-pemimpin BN”,
“Kalau Perdana Menteri boleh buat, menteri-menteri tak boleh buat kah? Wakil-wakil rakyat tak boleh buat kah?”
“Saya mahu pemimpin menjadi orang yang disayangi dan dihormati oleh rakyat dan bukannya jadi pemimpin yang ditakuti oleh rakyat. Pemimpin yang ditakuti rakyat apabila kelak tidak punya jawatan akan dikutuk oleh rakyat”
Demikianlah antara sedutan ucapan YAB Dato Najib yang mendapat sorakan serta sokongan hebat dari rakyat Negeri DiBawah Bayu. Yang menarik selepas sahaja perhimpunan bersama rakyat tersebut, YAB Perdana Menteri telah mengambil masa kira-kira setengah jam mengunjungi rumah Arwah Usahawan Sabah disebelah rumah saya tanpa notis dan turut bersama menunaikan solat jenazah(program ziarah ini tidak termasuk dalam aturcara rasmi lawatan PM). Selepas solat jenazah YAB Dato Najib terus barsalam-salaman mesra dengan semua yang hadir termasuk beberapa orang teman-teman dari bangsa Tionghua (rakan-rakan perniagaan arwah mungkin) yang nampak terpinga-pinga tapi gembira kerana dapat peluang bermesra dengan Pemimpin Nombor Satu Negara yang begitu ‘Humble’ serta mesra-rakyat.
Selepas itu, YAB Dato Najib meneruskan acara turun padangnya dengan program ‘Walk-about” atau ‘Tinjauan Mesra’ ke pasar kraftangan Kota Kinabalu dan beberapa tempat awam yang lain, sambil meneliti keperluan serta masaalah yang di hadapi oleh peniaga serta penjaja yang menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.
Inilah pendekatan Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang sudah pasti akan mampu memenangi serta menawan hati seluruh rakyat Malaysia.

7 Responses to “NAJIB CONTOH PEMIMPIN YANG CAKAP SERUPA BIKIN”

  1. halim says:

    Salam semua..
    Saya menyokong penuh akan kepimpinan YAB Najib sebagai PM Malaysia kali ni dan beliau mmg mesra dengan rakyat.

    Dan apa yang best beliau berkata..kurangkan protokol dalam majlis-majlis rasmi.Nampak betul beliau ni paham akan keadaan semasa majlis rasmi agar rakyat tidak segan silu dalam acara majlis yg rasmi membabitkan Menteri, YB, dan pemimpin.

  2. Faizal Johan says:

    Salam Yang berkhidmat,
    Cakap memang senang, buat suatu perkara lain. Apa pun PM buat haruslah diukur dengan result atau kejayaan dari dihasilkan. Saya harap PM tidak lakukan ini kerana merasai rakyat sudah hilang sokongan terhadap BN. Dan jangan pula perjuangan Imalaysia dan perjuangan yang diapi2 dalam UMNO bertentangan. Sepatutnya sudah tiba UMNO memperjuangkan Imalaysia dan bukannya BN, tp seandainya perjuangan IMalaysia di mlakan oleh UMNO maka api perkauman dalam UMNO untuk survival UMNO sendiri akan tergugat. Akhirnya PM akan mengalami DELIMA menangani I Malaysia dan UMNO. Selagi UMNO gunakan Agama dan keturunan sebagai teras politik ia tidak akan berkembang malah akan menguncup. Suatu hari nanti apabila isu ugama dan keturunan tidak boleh dijadikan isu politik lagi akan berkuburlah parti perkauman. Kalau kita lihat disabah amat sukar menjadi ugama dan keturunan sebagai isu politik sebab kekeluargaan yang begitu majmuk dimana sepupu dan adik beradik dan kawin campur boleh berlainan ugama hidup dalam aman damai. Kalau sudah demikian apalagi isu yang mahu dijadikan asas politik kalau tidak perkhidmatan yang cekap dan memuaskan.

  3. Salam YB…
    sememangnya apa yg dikatakan itu tepat . PM skrg mempunyai aura yg tersendiri,dan diharapkan ianya dapat mengubah persepsi rakyat terhadap BN dan UMNO khususnya..sama2 kita menjayakan tranformasi yg di canangkan oleh YAB Dato Seri Najib….Muhasabah diri

  4. C C GAN says:

    Mcm mana kes Altantuya?kena bersihkan nama baik sebagai pemimpin dahulu?

  5. tawfiqabt says:

    wlkmslm ahmaddon, romzi,
    Saya yakin YAB Dato Najib berpotensi menjadi Perdana Menteri Malaysia yang terbaik dengan pengalaman beliau berkhidmat di pelbagai kementerian sebelum ini. Beliau juga sudah pasti akan meneruskan pendekatan yang mampu memenangi serta menawan hati rakyat, disamping memastikan kesejahteraan akan menyelubungi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama maupun sempadan wilayah. Berikan beliau masa sewajarnya, dan sokonglah dasar serta perancangannya yang baik. Pada masa yang sama, beliau juga terbuka dalam menerima sebarang teguran serta kritikan membina, asalkan disampai dengan cara yang betul melalui saluran yang tersedia..tq

  6. ahmaddon91 says:

    mudah2xan tidak diawal2x nieh jak ckp serupa serupa bikin… moga berterusan.. :)

  7. romzi says:

    salam YB,
    Saya bukanlah pro kepada mana2 parti politik di malaysia, namun saya amat kagum terhadap PM Najib, berbanding dengan PM yang sebelumnya. tapi itu bukan bermaksud tidak respect. PM sekarang rasanya ada aura tersendiri untuk di terima rakyat.

    Semoga perlakuan dan cara kerja PM akan kekal untuk untuk kebaikan rakyat.