ZAMBRY ATAU NIZAR?

Kedudukan siapa Menteri Besar Perak ibarat permainan Yo-Yo, sekejap Nizar diatas,kemudian Zambry pula diatas. Semalam Mahkamah Tinggi(Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) mengistiharkan Nizar masih lagi Menteri Besar yang sah dan mula kembali masuk pejabat Menteri Besar Perak pagi ini. Namun menjelang awal petang selasa hari ini, Mahkamah Rayuan pula menerima permohonan Zambry untuk tangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai Menteri Besar. Maknanya Zambry akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga proses rayuan beliau selesai.
Yang menarik dalam kes yang akan menjadi ‘Landmark Case’ serta bakal rujukan masadepan bagi pengamal dalam Undang-Undang Perlembagaan adalah cara penerimaan mereka yang terlibat serta penyokong masing-masing. Apabila Nizar disahkan masih Menteri Besar yang sah untuk Perak, maka bergembiralah para penyokong Pakatan Rakyat dengan gelagat-gelagat tersendiri mereka, manakala penyokong BN pula menerima keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dengan hati terbuka sebagai menghormati prinsip kedaulatan undang-undang.Tidak nampak pula walau seorang pun penyokong BN yang merusuh atau baring di tengah jalan bagi menghalang laluan kereta Hakim Mahkamah Tinggi yang membuat keputusan penghakiman yang tidak berpihak kepada Zambry atau BN.
Demikian juga adalah diharapkan agar semua rakyat Malaysia sentiasa bertenang dalam menerima apa juga keputusan Mahkamah berkenaan sebarang kes yang ada hubungan dengan politik atau orang politik bagi memastikan kedaulatan undang-undang terus dipertahankan dan negara Malaysia akan terus aman dan tenteram.

One Response to “ZAMBRY ATAU NIZAR?”

  1. HALIM says:

    Salam…
    Ya aku pun heran keadaan di Perak sekarang..Betul cakap datuk umpama main yoyo..Soal baring2 tu dak perlu lah.Kena akur la dengan keputusan.Bagus untuk BN kerana menerima dengan hati yang terbuka.Jadi kita sama2 kita nantikan keputusan dr mahkamah sapa yang benar2 akan menjadi Menteri Besar Perak.
    Tahniah saja diucapkan