PAS PUN 2×5

Musim lobi-melobi jawatan sempena pemilihan pucuk pimpinan PAS di Muktamar yang akan datang menampakkan wajah ’sebenar’ pemimpin PAS yang mendakwa parti mereka adalah parti ‘HIZBULLAH’ kononnya. Pelbagai cerita tentang perlakuan rasuah politik dikhabarkan bukan oleh orang luar bahkan oleh orang parti itu sendiri termasuk lah pendedahan yang di buat oleh Ketua Dewan Ulama PAS Ustaz Mohammad Daud Iraqi.

Pelbagai cara di gunakan oleh calon-calon yang bertanding untuk meraih sokongan dari perwakilan parti di peringkat bahagian dengan memberi ‘Hadiah’ yang sebenarnya adalah merupakan sebahagian gejala politik wang. Entah esok lusa akan di keluarkan pula fatwa bahwa apa yang diberikan oleh calon secara langsung maupun melalui agen-agen bukanlah rasuah tapi merupakan ’sedekah’ yang di tuntut agama.

Adalah tidak mengherankan apabila gejala politik wang sudah lebih ketara dalam PAS akibat dari perlumbaan untuk menduduki jawatan strategik dalam parti yang mereka yakini akan mampu membentuk Kerajaan Persekutuan dalam PRU13. Selain itu, kebanyakan yang bertanding pula merupakan mereka-mereka yang berjawatan sebagai MB, EXCO Negeri, Wakil Rakyat serta ahli-ahli korporat di negeri-negeri yang di perintah Pakatan Rakyat, dan sudah pasti mereka mampu untuk memberi lebih dari setakat air liur semata-mata.

Bezanya dalam PAS, gejala Politik Wang berjaya ditutup oleh konspirasi ‘Arahan Tutup Mulut’ oleh hiraki pimpinan Parti atas alasan tidak mahu membuka ‘Pekung Di Dada’. Rasuah politik ini juga menampilkan sikap ‘Munafik’ atau ‘Hypocrite’ parti PAS dalam isu Politik Wang dengan membesarkan kes politik wang dalam pemilihan UMNO yang lalu, tapi pada masa yang sama berusaha menyembunyikan hakikat bahwa mereka pun 2X5 dengan mana-mana parti politik yang terdapat di dunia.

Di Sabah , khususnya di Tawau, pelbagai kaedah politik wang di lakukan termasuk mengadakan atau menaja acara serta program dengan menghimpunkan perwakilan-perwakilan, yang sebenarnya adalah untuk meraih undi dalam pemilihan parti semata-mata. Hari ini sahaja didapati begitu ramai ahli-ahli PAS dari seluruh negara termasuk perwakilan bahagian yang mendapat ‘hadiah’ berhimpun jauh di negeri di bawah bayu, khasnya di Tawau Bumi Peladang. Kononnya atas nama perhimpunan Penggerak-pengerak PASTI, satu acara Hari Guru di adakan di sebuah hotel di Bandar Tawau, dimana lebih 70 bilik telah ditempah kononnya atas tajaan pihak-pihak tertentu.

Kebetulan pula yang turut hadir memeriahkan acara PAS di Tawau hari ini termasuklah calon-calon Naib Presiden seperti YB Salahuddin Ayub, YB Mahfuz Omar serta calon Ahli Jawatankuasa Kerja Ustaz Abu Bakar Chik !

2 Responses to “PAS PUN 2×5”

  1. ASSALAMUALAIKUM YB… SEBAGAI ADIK DAN PENASIHAT KEPADA ABANG DAN UMNO/BN.. saya pun saudara seagama… kenapa Allah uji di malaysia ini ada parti lain selain umno dan BN? dah tentu ada hikmah.. ada rahsia… antara byk2 rahsia ialah .. wujudnya parti lain untuk menasihat perjalanan kerajaan memerintah.. jika kita beragama Islam..kita menasihat kerajaan agar laksanakan apa sahaja mengikut ajaran Islam… Islamkan agama yang sesuai untuk semua? kenapa banyak rasuah dalam umno/bn… kenapa 2/3 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.. dah tentu disebabkan Islam tidak dijaga oleh pemimpin.. Kalau Nabi saw hidup, tengok isteri PM tak tutup aurat, apa agaknya nak menjawab? pas kalah p/raya banyak kali.. tak serik2 masuk lagi p/raya kerana itulah cara terbaik setakat ini untuk menegakkan Islam apabila mempunyai kuasa.. nak harap BN.. ntah lah bila… Pas dengan dasarnya menegakkan Islam.. BN nak jaga agama? banyak murtad orang hari ni..bangsa? tanah bumiputera sendiri tergadai.. negara? pelabur2 masuk ke negara kita… tanah rakyat makin kecil.. guane ni YB? bagus juga kita berbincang dalam alam maya ni.. kurang2 ada juga nasihat dari kami… agar menyuluh hidup umno dan BN… syukran kerana membaca.. * sedia berbincang untukkebaikan Islam

  2. Abg Aji says:

    Salam YB Datuk,

    Sememangnya PAS, dulu, kini dan (Insya Allah) selamanya akan terus dirundung malang apabila dibarisi sekelompok kepimpinan yang hipokrit dan bermuka-muka manakala para penyokong pula seolah ‘dibutakan’ dengan imej baik segelintir pendokongnya. Menerima segala macam perkara secara ‘membabibuta’ dan ‘BULAT-BULAT’ tanpa sebarang usul periksa dan asas pertimbangan yang sewajarnya.

    Umum mengetahui, bahang pemilihan pucuk pimpinan PAS. Umum juga mengetahui akan pertembungan antara puak ulama dengan puak profesional, pro muqabalah dan pro erdogan.

    Demam yang hinggap di setiap batang tubuh yang kepingin akan jawatan dan kuasa tidak mungkin kebah selagi impian tidak menjadi kenyataan. Maka tidak hairan, jika mereka sanggup bersekongkol dan mengidolakan pelopor Teori Machiavelli yang amat ‘hebat’ di Malaysia dewasa ini (saya kira kita semua tau siapa orangnya).

    Sepintas lalu berhubung teori yang ditulis Machiavelli pada tahun 1513. Melalui bukunya The Prince, beliau menyatakan bahawa semua pemimpin harus menggunakan penipuan dan akal licik, untuk mencapai tujuan mereka, seorang pemimpin harus tahu bila ia harus berperanan sebagai singa, bila bertindak seperti musang, dan sebagainya. Perubahan karakter seorang pemimpin itu harus mengikuti keadaan. Ini bererti juga seorang pemimpin itu harus memberikan kesan di depan rakyat bahwa ia seorang yang lembut, pemurah, bahkan pro agama. Namun ia pun dapat berbuat jahat dan mengabaikan rasa sayang dan moral jika diperlukan.

    Memang mudah untuk menuduh UMNO (dan juga lain-lain pihak yang tidak sealiran) dengan pelbagai tohmahan dan lemparan CKM (caci, keji & maki). Memang sedap…

    Tapi jangan lupa, ibarat jari jemari, satu ditunjuk kepada orang, 4 yang akan kembali kepada diri sendiri.. Janganlah nampak sangat akan kuman di seberang laut, tengok-tengok jugalah apa yang gajah buat di depan mata tu..

    Natijahnya, apa yang berlaku di Bumi Peladang baru-baru ini menjelaskan kepada kita apa sebenarnya PAS ini.. 2 x 5!!
    Ketuk dulang paku serpih…….

    Saya penuh yakin dan percaya, PAS kini ibarat ribut yang menunggu masa untuk membedal dan meranapkan organisasi berkenaan jika terus-terus bersifat munafik.

    Kenyataan-kenyataan yang berbeda daripada top leaders PAS amat meragukan (lucu pun ada!!). Mana tidaknya, Ketua Dewan Ulama kata ada, Mursyidul Am respon tidak mustahil ada (maknanya ada la tu), tup tup Presiden kata tak de!

    Perkampungan ramai ahli-ahli PAS dari seluruh negara termasuk perwakilan di Tawau baru-baru ini, hinggakan lebih 70 bilik hotel telah ditempah atas tajaan pihak-pihak tertentu macam mana pulak? Siapa yang nak jawab ni? Apa pulak alasannya?…….