KEMANA PAS DAN ISLAM?

Beberapa hari ini, isu pertembungan sengit kelompok Ulamak vs Erdogan dalam Muktamar PAS Ke-13 menjadi bualan ramai. Yang menarik dan melucukan ,UMNO menjadi faktor utama dalam menentukan samada Ustaz Nasaruddin atau Husam yang akan memenangi undi perwakilan yang hadir bagi jawatan kedua tertinggi PAS, Timbalan Presiden parti.

Walau siapa pun yang menang, tidak dapat dinafikan lagi bahwa PAS mempunyai peluang yang sangat besar untuk memenangi lebih banyak kerusi dalam PRU13 yang akan datang atas sokongan yang terus meningkat dari masyarakat bukan islam yang semakin jinak kepada ‘wajah baru’ parti berhaluan islam yang tertua di Malaysia. Sudah tiba masanya PAS bukan setakat menjadi ‘penumpang’ dalam kerajaan PR tetapi seperti yang di laung-laungkan Presiden PAS TGHH, PAS mampu ‘menakhoda’ kerajaan persekutuan yang menjadi impian di masa akan datang. Dan apabila impian tersebut menjadi kenyataan, mampu kah PAS menterjemah ‘Agenda Utama’ serta ‘Intipati’ Dasar parti yang diperjuangkan selama ini tanpa perlu berlapik dengan jenama-jenama seperti ‘Kerajaan Berkebajikan’, ‘Siasah Li Ta’arafu’, atau jenama sewaktu dengannya?

Gambaran realiti sebenar apa yang bakal berlaku di masa hadapan apabila PR berkuasa di peringkat pusat boleh di lihat dengan pergeseran sesama sendiri antara PKR, DAP dan PAS di Negeri-Negeri di kuasai PR sekarang samada di Selangor, Kedah,Perak(semasa dalam PR) dan yang terkini pergeseran antara PKR dan DAP mengenai isu Presiden Majlis Perbandaran Seberang Perai di Pulau Pinang.

Bersediakah Anwar Ibrahim PKR atau Lim Kit Siang DAP untuk menerima Perdana Menteri dari PAS dan mereka setakat menjawat Timbalan Perdana Menteri untuk kuota bumiputera dan Bukan-Bumiputera serta jawatan Menteri yang lainnya. Mungkin Karpal yang pernah berkata ‘langkah mayat saya sebelum PAS boleh memartabatkan HUDUD di Malaysia’ tidak hidup selama-lamanya untuk terus menjadi Trauma kepada PAS, namun apakah ada jaminan tidak akan wujud lebih ramai lagi Karpal Singh dalam DAP yang sememangnya sebuah parti yang di dominasi sentimen bukan bumiputera yang ingin merubah ‘Lanskap Politik ‘ Tanah Melayu menjadi seperti Singapura selama-lamanya.

Hanya masa dan kewarasan akal-budi masing-masing yang mampu menentukan apa halatuju Malaysia yang kita inginkan….

3 Responses to “KEMANA PAS DAN ISLAM?”

  1. assalamualaikum YB… terima kasih juga kepada YB yang prihatian apa yang berlaku dalam PAS… saya cenderung dan sokong Pas kerana dasarnya iaitu nak menegakkan Islam.. bila tegak Islam, maka selamatlah semua manusia di dalamnya sebagaimana Nabi saw memerintah… tak ada yang pertikaikan fakta tersebut… pas akan memerintah tak tahu bila.. tapi 19 tahun memerintah di kelantan dah terbukti.. banyak rakyat yang mula berkata, apa salahnya BN beri peluang PAS dan pakatan rakyat memerintah.. tengok dulu! kalau tak reti, banyak kezaliman… itu ini menyusahkan.. tak ikut Islam.. p/raya akan datang, tolak sahaja PAS! bukan susah.. saya sendiri tak suka kalau PAS perintah M’sia, dia buat ikut suka hati tak ikut dalamquran dan sunnah.. inilah dia suasana baru di m’sia.. orang cina dan india mula membezakan cara pas bawa Islam dengan cara umno/bn bawa Islam.. dalam quran yang tok guru pas cerita, judi haram.. tapi kenapa tok guru umno/bn diam tak tegur suruh tutup ka.. ha? simple.. manusia merancang YB.. allah menentukan.. pas kalah p/raya biasa.. tapi bila BN tumbang 2/3 negeri.. masya allah.. gamat macam nak qiamat.. bimbang hilang RM? hilang kontrak.. hilang pengaruh.. itulah mainan dunia YB… pas akan terus berjuang sebab Allah suruh berjuang menasihat kerajaan… p/raya mediummendapat kuasa memerintah.. apa yang kerajaan buat baik, kami terima… yang jahat, kami akan tegur… salah juga sebahagian pemimpin umno yang salah menerang kepada orang kampung… BEZA KERAJAAN..dan umno.. Kerajaan lain.. umno lain.. PAS JADI kerajaan pun akan buat jalan ba.. pas jadi kerajaan boleh buat itu ini.. duit ada.. ini yang rakyat,makin hari makin faham… Allah yang membuka hati.. memberi hidayah.. manusia tak boleh sekat kuasa tersebut.. allahu akbar! yang baik dari allah.. salah silap dari saya… *terima kasih sudi berkongsi.. jangan segan menegur kesilapan kami.. memang manusia salah… kami cuba terbaik ikut apa yang Islam mahu.. bukan orang mahu..
    wassalam

  2. BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM..

    YB.. ANTARA PAS DAN UMNO/BN JAUH BEZA.. kita berpegang kepada ‘tujuan dihidupkan’ Allah… meng’abdikan diri.. ikut aqidah, ibadat, sirah dsb yang ditunjukkan Allah melalui Nabi saw.. dasar PAS ialah menegakkan islam.. dasar umno/bn apa? jika sudah ada parti yang memperjuangkan Islam, apa salahnya dan wajib ikut PAS.. YB pun tahu benda yang haram, tetapi umno/bn halalkan seperti kedai judi yang senang dilihat.. dah tahu haram, kenapa dibenar? seolah2 mencabar kuasa Allah.. memang PAS ada kelemahan, tetapi mengapa ramai yang sekarang ini yakin dengan PAS dan mula berubah memberi kepercayaankepada pimpinan PAS untuk memimpin negara pada suatu masa nanti.. tinggalkanlah segala kepuraan.. saya tahu, dalam diri YB ada sedikit hormat dengan PAS… apalah sudi kiranya YB kembali merenung asal tujuan kita diciptakan.. rujuk kembali tafsir ayat 30 dan 31 surah At-taubah di dalam blog saya… jika ada salah, tolong tegur.. wassalam.. * kami penasihat bukan PEMBANGKANG yang MEMBANGKANG MEMBABI BUTA KERAJAAN BN!