RAPUHNYA PAKATAN RAKYAT

Tindakan DAP Kedah keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah membuktikan sekali lagi betapa rapuhnya Pakatan Rakyat yang sememangnya tidak mempunyai banyak persamaan ideologi perjuangan kecuali berkongsi perasaan dendam kesumat serta kebencian terhadap UMNO/BN. Atas alasan mempertahankan hak masyarakat Cina, DAP Kedah mengambil tindakan tersebut setelah bantahannya terhadap tindakan Kerajaan Kedah merobohkan Pusat Penyembelihan Khinzir di Alor Setar tidak di layan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang di dominasi Parti PAS.

Dengan hanya sebuah kerusi DUN , DAP Kedah cuba memberikan ‘tekanan politik’ terhadap Kerajaan Kedah agar tunduk kepada kemahuan parti Cina tersebut. Namun ketegasan pimpinan PAS Kedah menyebabkan DAP Kedah kecewa dan mengambil tindakan ‘terhormat’ untuk keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Kejadian pertembungan ideologi serta ketidak-serasian antara parti-parti Pakatan Rakyat di beberapa negeri yang di perintah PR amat kerap berlaku dan ini jelas menunjukkan bahwa ‘pernikahan sementara’ PR sudah mulai ‘Retak Menanti Belah serta Hancur Berderai’.

Yang melucukan aktivis serta ahli-ahli PAS yang fanatik dan taksub masih mengagung-agungkan jalinan hubungan mereka dengan DAP tanpa mereka menyedari bahwa DAP lah musuh PAS sebenar seperti dinyatakan Karpal Singh yang beliau sanggup mati menentang Hukum Hudud yang ingin di laksanakan oleh PAS apabila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kelak.

Sudah pasti PAS hanya mahu dijadikan kuda tunggangan oleh DAP untuk Agenda Malaysian Malaysianya seperti berlaku di Perak dimana Nizar seperti Boneka Dicucuk Hidung oleh Pimpinan DAP Perak. Untuk menegakkan kerajaan PR Perak yang di dominasikan DAP, ahli-ahli PAS yang ‘naive’ di perbodohkan oleh DAP hingga sanggup menggadaikan nyawa baring dilaluan kenderaan DYMM Raja Muda Perak , satu perbuatan ‘Derhaka Raja’ yang amat memalukan bangsa Melayu sedunia.

One Response to “RAPUHNYA PAKATAN RAKYAT”

  1. ya.. yb, terima kasih kerana peka dengan isu semasa..

    begitulah adat berumah tangga… kena pandai-pandai jaga.. yang di luar rumah tangga, kalau tak jaga akhlak berjiran… dapat dosa… dap, pas, keadilah tetap akan diuji hingga p/raya ke 13 nanti.. umno/bn tetap mencari isu rumah tangga ini..

    semua ini mematangkan pakatan rakyat untuk terus kukuh mendepani masalah agama, bangsa dan negara..

    kita boleh bekerjasama dengan Bukan Islam dalam menuntut keadilan.. ini sirah yang ditunjukkan Nabi saw.. ketika berhijrah ke Madinah pun, ada bukan Islam membantu nabi saw..

    Nak kira ideologi berbeza tak boleh bersatu, tak betul kot YB.. zaman Nabi saw sebagai ketua Negara Islam Madinah, semua bangsa dan agama boleh berkumpul membantu Nabi saw di Madinah.. banyak yang sanggup duduk membayar cukai jizyah kepada kerajaan Islam kerana Islam itu tinggi dan tidak ada yang tinggi darinya…

    Wallahu ‘alam..

    * PPSMI dan ISA hapus serta merta, baru rakyat suka!
    Musuh kita adalah ‘kezaliman’… jika ada zalim dalam pakatan rakyat, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan… apattah lagi kezaliman yang dilakukan kerajaan menggunakan ‘harta rakyat’..