MU SIMBOLIK KEBANGKITAN SEMULA BN

Pengundi DUN Manik Urai telah menyatakan keputusan mereka memberi kemenangan semula kepada Calon PAS. Keputusan ini sewajarnya dihormati semua pihak, menunjukkan proses Demokrasi telah dilaksanakan sebaik-baiknya. Yang jelas, PAS walaupun menang tetapi mengalami kejutan hebat apabila dalam peningkatan peratusan pengundi yang turun mengundi, undi terhadap PAS pula merosot sebanyak 7% .Sementara itu, undi yang diperolehi Calon BN pula meningkat 21% mengakibatkan undi majoriti kemenangan PAS dalam Mac 2008 sebanyak 1352 jatuh sebanyak 95% kepada 65 undi majoriti sahaja.

Pelbagai alasan dan hujjah diberikan oleh tokoh-tokoh PAS bagi ‘menjelaskan’ faktor-faktor yang membawa kepada ‘kemenangan hambar’ Calon PAS di Manik Urai. Sebelum Penamaan Calon awal Julai lalu, hatta sehinggalah saat-saat peti undi akan ditutup, PAS begitu yakin akan mendapat majoriti yang lebih besar dari PRU2008 berdasarkan keputusan 5 PRK sebelumnya dibeberapa tempat yang lain.
Pengarah Pilihanraya PAS Abd Fattah Haron adalah antara tokoh PAS yang meletakkan angka 2000 sebagai majoriti yang akan diperolehi Calon PAS, selain beberapa Blog-Blog pro-PAS/PR yang begitu teruja dan takbur dalam mendahului ‘Kuasa Allah SWT’ dengan menentukan kemenangan majoriti selesa kononnya disetiap peti undi setiap kawasan DUN Manik Urai. Ada pula Blog yang menuduh kepergian Tan Sri TPM meninggalkan Kota Bharu balik ke KL petang kelmarin sebagai petanda bahwa BN akan kalah teruk dan ‘Tauke Jambatan’ kononnya telah lari kecewa. Walhal YAB Tan Sri TPM meninggalkan Kelantan untuk menjalankan tugas meresmikan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan yang berlangsung malam semalam di Perak.

Kebiasaannya parti yang kalah akan mencari alasan untuk menjelaskan faktor kekalahannya, namun berbeza di PRK Manik Urai , dimana PAS yang ‘Menang Hambar’ tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila keputusan resmi yang diumumkan RO tidak lagi disambut suara Takbir seperti biasa, mungkin agak terkilan atas ‘pengajaran’ yang ditunjukkan Allah SWT atas keceluparan tokoh-tokoh PAS ‘mengkafirkan’ sesama ummat islam berlainan ideologi siasah termasukkan menyamakan UMNO sebagai ‘ajaran Ayah Pin’ dan ‘komunis’ kononnya. Pelbagai alasan menjadi hujjah termasuk kononnya BN menggunakan jentera kerajaan di Manik Urai, sedangkan 18 tahun PAS memerintah Kelantan , dimana jentera Kerajaan Negeri PAS , apakah tidak digunakan dari dahulu hingga sekarang sehingga hampir 50% rakyat Manik Urai menolak Calon Pilihan TGNA? Maknanya memang PAS hanya tahu Retorik serta Ceramah saban malam tetapi tidak mampu menggerakkan jentera kerajaaan untuk membangun serta mensejahterakan rakyat yang telah memberi undi dan mandat kepada mereka.

Dalam tinjauan yang dibuat semasa kempen di Manik Urai, rata-rata rakyat yang ditemui bosan dengan kerenah politik pimpinan PAS Kelantan yang tidak mampu membawa pembangunan asas yang diingini penduduk disini. Mujurlah tanah Manik Urai subur dan duriannya enak-enak belaka, namun oleh kerana kekurangan infrastruktur asas serta asas perekonomian yang tidak teratur dengan baik, penduduk Manik Urai masih menagih simpati untuk kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna. Angin perubahan memang sudah ketara di Manik Urai apabila terlihat penduduk kampung begitu berani melekat serta memasang bendera serta lambang BN/UMNO dirumah-rumah mereka , fenomena yang jarang-jarang terlihat diPRK yang lalu terutama dinegeri-negeri yang dikuasai PR.

Semasa tempoh kempen Manik Urai, kesemua tokoh-tokoh Pakatan Rakyat serta tokoh-tokoh PAS turun padang berkempen untuk membantu Calon PAS . Namun kehadiran semua tokoh-tokoh besar PR ternyata tidak mampu mempengaruhi pengundi Manik Urai memberi kemenangan Majoriti besar kepada Calon PAS tersebut. Dipihak BN pula, kempen dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan PM, dibantu oleh Datuk Mustapha Mohammad, Pengerusi UMNO Kelantan. Mereka yang dibantu jentera UMNO/BN dari negeri-negeri seluruh Malaysia telah melaksanakan kempen dengan cukup baik, sopan, berakhlak, tidak mencarut, tidak melakukan keganasan serta lain-lain perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan SPR.

Apapun alasan yang dibuat, tidak akan dapat menolak hakikat bahwa Manik Urai telah menjadi simbol kebangkitan semula BN dihati rakyat khususnya orang Melayu, yang sedar serta yakin bahwa dasar baru yang dibawa YAB Dato Najib selaku Perdana Menteri benar-benar meletakkan rakyat sebagai agenda utama dalam membangunkan negara, tanpa membezakan suku-kaum, kedudukan bandar maupun luarbandar serta kepelbagaian lainnya.Ini lah asas yang perlu menjadi azimat untuk pegangan setiap pejuang BN bagi meningkatkan lagi ’struggle’ perjuangan kita menawan hati rakyat agar terbuka matahati mereka dalam menilai serta meghayati ’siapa’ kaca dan ’siapa’ permata dalam perjuangan mengangkat martabat bangsa, agama dan negara.

One Response to “MU SIMBOLIK KEBANGKITAN SEMULA BN”

  1. tawauhighway says:

    alhamdulillah, walaupun kalah ‘tipis’ di MU tapi hakikatnya sokongan kepada BN khususnya kepada kepimpinan DSP Najib telah diterima oleh pengundi hari ini. 100hari mentadbir kerajaan Msia, rakyat sudah mula celik mata dan besarkan hati untuk menerima kepimpinan beliau.
    Syabas dan tahniah kepada semua jentera BN yang bertungkus lumus bekerja pada prk MU. Mudah2an prk MU ini memberi semangat kepada semua jentera BN untuk bekerja lebih lagi seperti mana slogan yang dilaung2kan - 1Malaysia, Rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan!
    InsyaAllah, PRK @ PRU akan datang BN akan menang dgn majoriti lebih besar!