Isu kontroversi Mantan MB Perak DS Nizar yang turut serta memegang lilin dalam upacara menghormati Roh Mendiang Teo Beng Hock Setpol DAP baru-baru ini, bukan lah sesuatu yang perlu diperbesarkan. DS Nizar hadir bukan sebagai ulama PAS tetapi sebagai pemimpin Politik yang memenuhi jemputan teman-teman DAPnya. Sehubungan itu, Halal atau Haram perbuatan DS Nizar itu tidak seharusnya menjadi kontroversi kerana PAS yang ada kini tidak lagi terlalu terikat kepada Hukum Syarie asalkan teman-teman ’sekatil’ tidak kecil hati , malah sentiasa menghargai ‘keterbukaan’ PAS era Pasca-PRU12.
Untuk menghayati makna memegang lilin dalam upacara keagamaan kaum Cina, sila buka link dibawah:
http://www.pbs.org/wnet/religionandethics/week1146/belief.html
Memegang lilin memang budaya masyarakat Cina, tetapi apa cerita pulak dengan Upacara Meletakkan Kalungan Bunga sempena Hari Pahlawan dengan diiringi tiupan irama Last Post yang telah menjadi darah daging Angkatan Tentera Malaysia. Upacara Meletakkan Kalungan Bunga adalah amalan agama Kristian. Bahkan setiap tahun Perdana Menteri akan melaksanakan upacara sebegini di Tugu Negara.
Di Sabah, ia telah menjadi budaya dan amalan setiap tahun di mana Ketua Menteri (sama ada yang Islam atau Bukan, dahulu dan sekarang) akan dijemput sebagai VVIP untuk meletakkan Kalungan Bunga di World War II Memorial Park Sandakan bagi mengenang tentera-tentera Australia yang terkorban. Upacara ini dimasukkan dalam kalendar Sabah Tourism setiap tahun dengan tema \Lest We Forget\
Tolong ulas perkara ini.
Thanks Datuk.
>> respon artikel YB Tawfiq melalui Yb Idham Lim Adun Titi, Perak, Seorang Cina Muslim
Baik rakan-rakan rujuk juga orang China sendiri..
23 Julai 2009
Bukan majlis berkabung - Khalil Idham Lim
PARIT BUNTAR, 23 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS negeri yang juga Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin adalah majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pensyarah Jabatan Fiqh Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.
Gambar tersebut dan majlis menyalakan lilin itu diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.
Sidang media itu dianjurkan Sekretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan pemimpin parti.
Idham Lim yang juga bekas penganut Buddha menjelaskan, amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan.
\Saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China.
\Sebab itulah jika kita berkunjung di mana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di masjid,\ katanya.
Beliau yang memeluk Islam ketika berusia 23 tahun berkata, di negeri China para imam, ahli jawatankuasa masjid dan umat Islam akan berbaris masuk ke dalam masjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir raya.
\Sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang, colok itu ditinggalkan di luar. Saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini sebagai bukti,\ ujarnya.
Menurutnya, beliau dan Nizar bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media tersebut dan bukannya bertafakur seperti diminta.
\Sebelum ini sudah banyak kawan-kawan bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dalam pelbagai majlis,\ jelasnya.
Idham Lim turut mempersoalkan motif isu itu diperbesarkan tetapi di dalam masa yang sama persoalan asal yang lebih besar iaitu tindakan meragut nyawa manusia yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan.
\Saya bimbang pihak berkenaan hanya berani berkokok dalam isu ini tetapi apabila melibatkan pemimpin Umno, golongan ini tidak bersuara menegur,\ katanya kesal.
Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam wajib ditegur tetapi golongan tersebut hanya berdiam diri.
\Antaranya adalah upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara yang telah difatwakan haram (oleh Majlis Fatwa Kebangsaan), kenapa golongan tersebut tidak berani menegur,\ katanya.
Beliau berharap penjelasan ini dapat meredakan suasana resah yang sengaja ditimbulkan golongan tertentu khususnya Umno bagi mengelirukan rakyat.
Baru-baru ini Adun Pangkor, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya di sebuah akhbar menggesa Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ‘mengeluarkan fatwa’ berhubung tindakan Nizar menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati Beng Hock.
Harakahdaily/-
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
http://www.idhamlim.blogspot.com