SABAH MERDEKA DALAM MALAYSIA DI TULIS DENGAN TINTA DARAH

Kita baru menyambut Hari Malaysia 16hb September, tarikh keramat dimana Sabah, Sarawak dan Malaya sama-sama bersepakat membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Kalau anda generasi hari ini menyangka bahwa Kemerdekaan Sabah melalui Malaysia adalah anugerah perjuangan yang tidak menagih walau setitik pun darah pejuang, ternyata anda silap besar! Sila ikuti Nota-Nota Sulit seorang Pejuang Veteran yang tertera di bawah dimana setiap patah perkataan adalah 100% asli nukilan 1963….

Lapuran Sulit Tawau,30hb December,1963

” Tawau,penangkapan2 ke-atas orang2 Indonesia yang di-dapati terlibat dalam gerakan peng-khianat Sukarno di-Sabah, ber-jalan terus menerus sejak dari pada bulan November hinggah hari ini.

Dari penangkapan pertama dalam awal bulan November itu, kita mula2 mengatahui benar rahasia2 gerakansulit dan penyeludupan2 senjata mereka masok ke-Tawau.

Peristiwa2 yang telah ter-jadi sejak bulan November sampai bulan ini(December) di-Tawau:

a) Seorang ketua penerangan USNO Chawangan Kongsi 10 telah di-dapati mati akibat dari bekas luka 3 lubang timbakan Pistol. Di-jumpai oleh askar2 perundah hutan di-dalam hutan sedang ke-dua tangan si-malang itu dalam ke-adaan ter-ikat.

b) Pertemporan Polis dengan sekompulan penderhaka itu di- jalan TIKU batu 8, sa-orang penderhaka telah terbunoh oleh pihak Polis dan Polis juga ber-jaya merampas 3 buah bumtangan dan sabila parang dan yang enam tujoh orang lagi dari kumpolan penjahat itu dapat melari-kan diri.

c)Pada 22-12-63 seramai 30 lelaki ber-pakaian sergam dan ber-senjata berat menceruboh ke-kampong Serudong, merampas sabuah kedai dan menchulik dua orang kampong, tetapi setelah kira2 selama 14 jam kemudian dua orang kampong itu dapat melari kan diri ke- Serudong balek. Kedua orang itu hingga masa ini sedang di-dalam siasatan Polis di-Tawau.

d) Pada 26-12-63 sekumpulan askar2 Indonesia telah membinasakan sebuah Motor Boat Penumpang di-terusan Rek Kalabakan, dengan merampas barang2 dalam motor itu, menimbak luka serang motor dan menchulik 5 orang pekerja dan penumpang.

e) Pada 29-12-63 tepat jam 8.30 malam askar2 Indonesia telah menyerang hibat perkhimahan Askar2 kita di-Kelabakan per-temporan itu ber-jalan kira2 selama 3 jam, dgn serangan tipu dan mendapat kerjasama dari orang2 company.

f) Kapal2 terbang pembum dan penggampur Indonesia, selalu mencheruboh terbang di-kawasan udara kita nampaknya memberi semangat kepada orang2 Indonesia yang ber-ada di-Tawau.”

Demikian lah catatan laporan sulit seorang pejuang yang pengorbanan mereka sebenarnya telah memungkinkan kita mengecapi nikmat Kemerdekaan sehingga kita kadang-kala terlalai bahwa satu saat dahulu kita pernah dijajah dan hampir dijajah kembali oleh negara jiran kita….Wallahu A’lam

6 Responses to “SABAH MERDEKA DALAM MALAYSIA DI TULIS DENGAN TINTA DARAH”

  1. junaidi says:

    terima kasih datuk…..

  2. tawfiqabt says:

    Salam rakan semua,

    Terima kasih sdr Zafrin dan sdr Kamarudin kerana sudi menjenguk Blog saya…

    Sdr Hadi Tarakan, salam perkenalan dan persahabatan untuk sdr dari saya , mudah2an hubungan kita dan 2 Kota Sempadan akan terus erat dan mantap dalam menghadapi cabaran masa depan..

    Sdr Junaidi TBU, ya saya nampak kamu tadi di MRSM duduk di bahagian tengah Dewan. Saya doakan kamu lulus cemerlang dalam pepereksaan yang bakal dihadapi, insyaAllah…yang penting kamu bersungguh2 ulang-kaji semua subjek dan kemudian bertawakkal kepada Allah swt…

  3. junaidi says:

    terima kasih datuk atas semangat yg diberikan dalam ucapan semasa di MRSM Tawau pada 4 oktober 2009.
    ucapan datuk memberi inspirasi kepada saya…
    saya turut terlibat dengan program kecemerlangan SPM. saya dari SMK. Pasir Putih, Tawau.
    saya juga merupakan Tawau Bloggers Unity… datuk masih ingat?

  4. hadi tarakan borneo says:

    sejarah2 itu semua menjadi pelajaran kita bersama, mari kita bangun bersama pulau yang kita cintai bersama borneo (kalimantan)

    salam perdamaian untuk saudaraku

  5. kamarudin salindre says:

    salam lebaran

    entri yg baik dlm kita menanjak kemerdekaan bersama Malaysia selama 46 tahun………Keamanan dan Ketenteraman yg di raih oleh negeri kita adalah anugerah Maha Pencipta ………. Selama kita tidak membuat kerusakan pada alam dan kehidupan selama itulah “anugerah” Nya akan berterusan………..

    Bersyukur lah kita banyak-banyak atas nikmat-nikmat yg tidak akan dapat kita dustakan………..

    Salam kembali kepada fitrah……

  6. Zafrin says:

    Asslamualaikum w.b.k.t…

    Terima kasih YB Datuk di atas entri dan maklumat terbaru ini.

    Tahniah juga di atas kesungguhan YB Datuk dalam menyalurkan maklumat kepada kami masyarakat Tawau.

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk YB Datuk sekeluarga dan semoga sendiri mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Insya-Allah…!