RENUNGAN SEJENAK

PAS ANGKAT SENJATA TEMBAK DIRI SENDIRI?
Beberapa kejadian serta isu sensasi yang berlaku sekitar dalaman Parti PAS nampaknya telah membuat ahli-ahli Parti tersebut menjadi keliru, bingung serta gelisah. Pertembungan Fraksi Erdogan dan pro-UG, isu Dr Hassan Ali di Selangor,kritikan Prof Aziz Bari terhadap TGHA, Luahan Hati TGNA dalam blog peribadinya yang menghentam Pimpinan Tertinggi PAS TGHA/Ustaz Naza,isu siapa lebih berkuasa antara TGNA atau TGHA dalam hiraki Parti,perang dingin PAS/DAP di PP,Dato Seri Nizar yang terlalu tunduk pada DAP Perak, Siasatan SPRM terhadap menantu TGNA, Pemecatan Blogger ‘Kickdefella’ dari GLC Kelantan , isu Bai’ah talak tiga keatas isteri kalau keluar parti PAS dan macam-macam lagi menjadikan PAS sebagai tumpuan umum ‘for the wrong reasons’.

Apakah ini merupakan bayangan kecelaruan demi kecelaruan yang akan terus berlaku kepada Parti berlandaskan Siyasah Islam apabila parti tersebut sanggup berkompromi PRINSIP yang dipegang selama ini demi secebis ‘KUASA ‘ dan Keuntungan Duniawi?

SABAH MERDEKA DALAM MALAYSIA DI TULIS DENGAN TINTA DARAH
Kita baru menyambut Hari Malaysia 16hb September, tarikh keramat dimana Sabah, Sarawak dan Malaya sama-sama bersepakat membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Kalau anda generasi hari ini menyangka bahwa Kemerdekaan Sabah melalui Malaysia adalah anugerah perjuangan yang tidak menagih walau setitik pun darah pejuang, ternyata anda silap besar! Sila ikuti Nota-Nota Sulit seorang Pejuang Veteran yang tertera di bawah dimana setiap patah perkataan adalah 100% asli nukilan 1963….

Lapuran Sulit                     Tawau,30hb December,1963

” Tawau,penangkapan2 ke-atas orang2 Indonesia yang di-dapati terlibat dalam gerakan peng-khianat Sukarno di-Sabah, ber-jalan terus menerus sejak dari pada bulan November hinggah hari ini.

Dari penangkapan pertama dalam awal bulan November itu, kita mula2 mengatahui benar rahasia2 gerakansulit dan penyeludupan2 senjata mereka masok ke-Tawau.

Peristiwa2 yang telah ter-jadi sejak bulan November sampai bulan ini(December) di-Tawau:

a) Seorang ketua penerangan USNO Chawangan Kongsi 10 telah di-dapati mati akibat dari bekas luka 3 lubang timbakan Pistol. Di-jumpai oleh askar2 perundah hutan di-dalam hutan sedang ke-dua tangan si-malang itu dalam ke-adaan ter-ikat.

b) Pertemporan Polis dengan sekompulan penderhaka itu di- jalan TIKU batu 8, sa-orang penderhaka telah terbunoh oleh pihak Polis dan Polis juga ber-jaya merampas 3 buah bumtangan dan sabila parang dan yang enam tujoh orang lagi dari kumpolan penjahat itu dapat melari-kan diri.

c)Pada 22-12-63 seramai 30 lelaki ber-pakaian sergam dan ber-senjata berat menceruboh ke-kampong Serudong, merampas sabuah kedai dan menchulik dua orang kampong, tetapi setelah kira2 selama 14 jam kemudian dua orang kampong itu dapat melari kan diri ke- Serudong balek. Kedua orang itu hingga masa ini sedang di-dalam siasatan Polis di-Tawau.

d) Pada 26-12-63 sekumpulan askar2 Indonesia telah membinasakan sebuah Motor Boat Penumpang di-terusan Rek Kalabakan, dengan merampas barang2 dalam motor itu, menimbak luka serang motor dan menchulik 5 orang pekerja dan penumpang.

e) Pada 29-12-63 tepat jam 8.30 malam askar2 Indonesia telah menyerang hibat perkhimahan Askar2 kita di-Kelabakan per-temporan itu ber-jalan kira2 selama 3 jam, dgn serangan tipu dan mendapat kerjasama dari orang2 company.

f) Kapal2 terbang pembum dan penggampur Indonesia, selalu mencheruboh terbang di-kawasan udara kita nampaknya memberi semangat kepada orang2 Indonesia yang ber-ada di-Tawau.”

Demikian lah catatan laporan sulit seorang pejuang yang pengorbanan mereka sebenarnya telah memungkinkan kita mengecapi nikmat Kemerdekaan sehingga kita kadang-kala terlalai bahwa satu saat dahulu kita pernah dijajah dan hampir dijajah kembali oleh negara jiran kita….Wallahu A’lam

PAS LEBIH LIBERAL DARI UMNO?
Semasa menunggu penerbangan AIRASIA 0400ptg  dari KK ke Tawau khamis 03sept 2009 terserempak pula dengan ADUN DAP Sri Tanjung. Beliau ini kalau terlihat saya dimana-mana jer terus lah menghampiri dan memulakan borak politiknya yang tak pernah berkesudahan. Sebenarnya , ADUN DAP ini dah lama saya kenali kerana sebelum saya mula menceburi dunia politik kepartian secara aktif lebih 20 tahun lalu, saya pernah terlibat bersama beliau dalam NGO ‘Environmental Action commitee’ di Tawau. Antara aktiviti kami termasuklah gotong-royong membersihkan sungai Tawau dari sampah-sarap serta pencemaran hasil buatan orang dan alami.

Berbalik pada ADUN DAP ini, dia menceritakan bahwa seorang rakannya PASTOR  berpendapat bahwa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan YAB PM ke6 Malaysia baik tapi tidak diamalkan secara adil di Malaysia. Beliau memberi contoh bahwa rakyat Malaysia yang lebih 60% jumlahnya lahir sebagai Islam tidak diberi kebebasan untuk memilih agama kesukaan mereka sendiri apabila mereka sudah dewasa atau dalam lain kata tidak dibenarkan murtad oleh perlembagaan Malaysia.Dalam hal ini beliau menyalahkan UMNO kerana terlalu konservatif serta rigid dan tidak mahu berubah dalam memberikan sedikit kebebasan beragama kepada rakyat Malaysia tanpa mengira siapa mereka dan agama apa yang mereka ingin anuti. Saya cuba memberikan penjelasan bahwa hakikat sebenar tentang isu Murtad ini bukan lah undang-undang ciptaan UMNO, tetapi merupakan ASAS agama islam itu sendiri yang menetapkan tidak ada kompromi dari soal kebebasan seorang beragama islam untuk keluar dari agamanya. Namun saya gagal memberikan kefahaman kepada ADUN DAP tersebut kerana nampaknya dia lebih ‘pandai’ dalam ilmu agama islam sejak bergaul dengan rakan-rakan PAS nya dalam PAKATAN RAKYAT.

Saya mencabarnya untuk bertanya isu Murtad ini kepada rakan-rakan PAS nya dan dengan selamba serta penuh keyakinan beliau berkata bahwa ‘Tuan Guru Nik Aziz lebih liberal di bandingkan UMNO dan sudah pasti kalau PAKATAN RAKYAT memerintah Malaysia ,undang-undang Murtad yang dirasanya berat sebelah ini akan di GUBAL serta di TIADAKAN! Beliau juga memberi contoh Pusat Menyembelih Khinzir yang menjadi kontroversi di Negeri Kedah suatu ketika dahulu apabila YAB MB Kedah enggan memberi keizinan pembinaannya telah dapat diselesaikan dengan mudah melalui satu penggilan telefon yang dibuat oleh DSAI terhadap Tuan Guru Nik Aziz. Dan kini katanya, wujudlah pusat penyembelihan Khinzir yang termoden dan tercanggih di Malaysia  di Negeri Kedah hasil dari dasar PAS yang menganuti fahaman ‘ISLAM LIBERAL’ yang lebih baik dari UMNO…

Pegang Lilin Sebahagian Upacara Keagamaan Cina
Isu kontroversi Mantan MB Perak DS Nizar yang turut serta memegang lilin dalam upacara menghormati Roh Mendiang Teo Beng Hock Setpol DAP baru-baru ini, bukan lah sesuatu yang perlu diperbesarkan. DS Nizar hadir bukan sebagai ulama PAS tetapi sebagai pemimpin Politik yang memenuhi jemputan teman-teman DAPnya.  Sehubungan itu, Halal atau Haram perbuatan DS Nizar itu tidak seharusnya menjadi kontroversi kerana PAS yang ada kini tidak lagi terlalu terikat kepada Hukum Syarie asalkan teman-teman  ’sekatil’ tidak kecil hati , malah sentiasa menghargai ‘keterbukaan’ PAS era Pasca-PRU12.

Untuk menghayati makna memegang lilin dalam upacara keagamaan kaum Cina, sila buka link dibawah:

http://www.pbs.org/wnet/religionandethics/week1146/belief.html

MU SIMBOLIK KEBANGKITAN SEMULA BN
Pengundi DUN Manik Urai telah menyatakan keputusan mereka memberi kemenangan semula kepada Calon PAS. Keputusan ini sewajarnya dihormati semua pihak, menunjukkan proses Demokrasi telah dilaksanakan sebaik-baiknya. Yang jelas, PAS walaupun menang tetapi mengalami kejutan hebat apabila dalam peningkatan peratusan pengundi yang turun mengundi, undi terhadap PAS pula merosot sebanyak 7% .Sementara itu, undi yang diperolehi Calon BN pula meningkat 21% mengakibatkan undi majoriti kemenangan PAS dalam Mac 2008 sebanyak 1352 jatuh sebanyak 95% kepada 65 undi majoriti sahaja.

Pelbagai alasan dan hujjah diberikan oleh tokoh-tokoh PAS bagi ‘menjelaskan’ faktor-faktor yang membawa kepada ‘kemenangan hambar’ Calon PAS di Manik Urai. Sebelum Penamaan Calon awal Julai lalu, hatta sehinggalah saat-saat peti undi akan ditutup, PAS begitu yakin akan mendapat majoriti yang lebih besar dari PRU2008 berdasarkan keputusan 5 PRK sebelumnya dibeberapa tempat yang lain.

Pengarah Pilihanraya PAS Abd Fattah Haron adalah antara tokoh PAS yang meletakkan angka 2000 sebagai majoriti yang akan diperolehi Calon PAS, selain beberapa Blog-Blog pro-PAS/PR yang begitu teruja dan takbur dalam mendahului ‘Kuasa Allah SWT’ dengan menentukan kemenangan majoriti selesa kononnya disetiap peti undi setiap kawasan DUN Manik Urai. Ada pula Blog yang menuduh kepergian Tan Sri TPM meninggalkan Kota Bharu balik ke KL petang kelmarin sebagai petanda bahwa BN akan kalah teruk dan ‘Tauke Jambatan’ kononnya telah lari kecewa. Walhal YAB Tan Sri TPM  meninggalkan Kelantan untuk menjalankan tugas meresmikan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan yang berlangsung malam semalam di Perak.

Kebiasaannya parti yang kalah akan mencari alasan untuk menjelaskan faktor kekalahannya, namun berbeza di PRK Manik Urai , dimana PAS yang ‘Menang Hambar’ tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila keputusan resmi yang diumumkan RO tidak lagi disambut suara Takbir seperti biasa, mungkin agak terkilan atas ‘pengajaran’ yang ditunjukkan Allah SWT atas keceluparan tokoh-tokoh PAS ‘mengkafirkan’ sesama ummat islam berlainan ideologi siasah termasukkan menyamakan UMNO sebagai ‘ajaran Ayah Pin’ dan ‘komunis’ kononnya. Pelbagai alasan menjadi hujjah termasuk kononnya BN menggunakan jentera kerajaan di Manik Urai, sedangkan 18 tahun PAS memerintah Kelantan , dimana jentera Kerajaan Negeri PAS , apakah tidak digunakan dari dahulu hingga sekarang sehingga hampir 50% rakyat Manik Urai menolak Calon Pilihan TGNA? Maknanya memang PAS hanya tahu Retorik serta Ceramah saban malam tetapi tidak mampu menggerakkan jentera kerajaaan untuk membangun serta mensejahterakan rakyat yang telah memberi undi dan mandat kepada mereka.

Dalam tinjauan yang dibuat semasa kempen di Manik Urai, rata-rata rakyat yang ditemui bosan dengan kerenah politik pimpinan PAS Kelantan yang tidak mampu membawa pembangunan asas yang diingini penduduk disini. Mujurlah tanah Manik Urai subur dan duriannya enak-enak belaka, namun oleh kerana kekurangan infrastruktur asas serta asas perekonomian yang tidak teratur dengan baik, penduduk Manik Urai masih menagih simpati untuk kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna. Angin perubahan memang sudah ketara di Manik Urai apabila terlihat  penduduk kampung begitu berani melekat serta memasang bendera serta lambang BN/UMNO dirumah-rumah mereka , fenomena yang jarang-jarang terlihat diPRK yang lalu terutama dinegeri-negeri yang dikuasai PR.

Semasa tempoh kempen Manik Urai, kesemua tokoh-tokoh Pakatan Rakyat serta tokoh-tokoh PAS turun padang berkempen untuk membantu Calon PAS . Namun kehadiran semua tokoh-tokoh besar PR ternyata tidak mampu mempengaruhi pengundi Manik Urai memberi kemenangan Majoriti besar kepada Calon PAS tersebut. Dipihak BN pula, kempen dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan PM, dibantu oleh Datuk Mustapha Mohammad, Pengerusi UMNO Kelantan. Mereka yang dibantu jentera UMNO/BN dari negeri-negeri seluruh Malaysia telah melaksanakan kempen dengan cukup baik, sopan, berakhlak, tidak mencarut, tidak melakukan keganasan serta lain-lain perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan SPR.

Apapun alasan yang dibuat, tidak akan dapat menolak hakikat bahwa Manik Urai telah menjadi simbol kebangkitan semula BN dihati rakyat khususnya orang Melayu, yang sedar serta yakin bahwa dasar baru yang dibawa YAB Dato Najib selaku Perdana Menteri benar-benar meletakkan rakyat sebagai agenda utama dalam membangunkan negara, tanpa membezakan suku-kaum, kedudukan bandar maupun luarbandar serta kepelbagaian lainnya.Ini lah asas yang perlu menjadi azimat untuk pegangan setiap pejuang BN bagi meningkatkan lagi ’struggle’ perjuangan kita menawan hati rakyat agar terbuka matahati mereka dalam menilai serta meghayati ’siapa’ kaca dan ’siapa’ permata dalam perjuangan mengangkat martabat bangsa, agama dan negara.

RAPUHNYA PAKATAN RAKYAT
Tindakan DAP Kedah keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah membuktikan sekali lagi betapa rapuhnya Pakatan Rakyat yang sememangnya tidak mempunyai banyak persamaan ideologi perjuangan kecuali berkongsi perasaan dendam kesumat serta kebencian terhadap UMNO/BN. Atas alasan mempertahankan hak masyarakat Cina, DAP Kedah mengambil tindakan tersebut setelah bantahannya terhadap tindakan Kerajaan Kedah merobohkan Pusat Penyembelihan Khinzir di Alor Setar tidak di layan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang di dominasi Parti PAS.

Dengan hanya sebuah  kerusi DUN , DAP Kedah cuba memberikan ‘tekanan politik’ terhadap Kerajaan Kedah agar tunduk kepada kemahuan parti Cina tersebut. Namun ketegasan pimpinan PAS Kedah menyebabkan DAP Kedah kecewa dan mengambil tindakan ‘terhormat’ untuk keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Kejadian pertembungan ideologi serta ketidak-serasian antara parti-parti Pakatan Rakyat di beberapa negeri yang di perintah PR amat kerap berlaku dan ini jelas menunjukkan bahwa ‘pernikahan sementara’ PR sudah mulai ‘Retak Menanti Belah serta Hancur Berderai’.

Yang melucukan aktivis serta ahli-ahli PAS yang fanatik dan taksub masih mengagung-agungkan jalinan hubungan mereka dengan DAP tanpa mereka menyedari bahwa DAP lah musuh PAS sebenar seperti dinyatakan Karpal Singh  yang beliau sanggup mati menentang Hukum Hudud yang ingin di laksanakan oleh PAS apabila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kelak.

Sudah pasti PAS hanya mahu dijadikan kuda tunggangan oleh DAP untuk Agenda Malaysian Malaysianya seperti berlaku di Perak dimana Nizar seperti Boneka Dicucuk Hidung oleh Pimpinan DAP Perak. Untuk menegakkan kerajaan PR Perak yang di dominasikan DAP, ahli-ahli PAS yang ‘naive’ di perbodohkan oleh DAP hingga sanggup menggadaikan nyawa baring dilaluan kenderaan DYMM Raja Muda Perak , satu perbuatan ‘Derhaka Raja’ yang amat memalukan bangsa Melayu sedunia.

KEMANA PAS DAN ISLAM?
Beberapa hari ini, isu pertembungan sengit kelompok Ulamak vs Erdogan dalam Muktamar PAS Ke-13 menjadi bualan ramai. Yang menarik dan melucukan ,UMNO menjadi faktor utama dalam menentukan samada Ustaz Nasaruddin atau Husam yang akan memenangi undi perwakilan yang hadir bagi jawatan kedua tertinggi PAS, Timbalan Presiden parti.

Walau siapa pun yang menang, tidak dapat  dinafikan lagi bahwa PAS mempunyai peluang yang sangat besar untuk memenangi lebih banyak kerusi dalam PRU13 yang akan datang atas sokongan yang terus meningkat dari masyarakat bukan islam yang semakin jinak kepada ‘wajah baru’  parti berhaluan islam yang tertua di Malaysia. Sudah tiba masanya PAS bukan setakat menjadi ‘penumpang’ dalam kerajaan PR tetapi seperti yang di laung-laungkan Presiden PAS  TGHH, PAS mampu ‘menakhoda’ kerajaan persekutuan yang menjadi impian di masa akan datang. Dan apabila impian tersebut menjadi kenyataan, mampu kah PAS menterjemah ‘Agenda Utama’ serta ‘Intipati’ Dasar parti yang diperjuangkan selama ini tanpa perlu berlapik dengan jenama-jenama seperti ‘Kerajaan Berkebajikan’, ‘Siasah Li Ta’arafu’, atau jenama sewaktu dengannya?

Gambaran realiti sebenar apa yang bakal berlaku di masa hadapan apabila PR berkuasa di peringkat pusat boleh di lihat dengan pergeseran sesama sendiri antara PKR, DAP dan PAS di Negeri-Negeri di kuasai PR sekarang samada di Selangor, Kedah,Perak(semasa dalam PR) dan yang terkini pergeseran antara PKR dan DAP mengenai isu Presiden Majlis Perbandaran Seberang Perai di Pulau Pinang.

Bersediakah Anwar Ibrahim PKR atau Lim Kit Siang DAP untuk menerima Perdana Menteri dari PAS dan mereka setakat menjawat Timbalan Perdana Menteri untuk kuota bumiputera dan Bukan-Bumiputera serta jawatan Menteri yang lainnya. Mungkin Karpal yang pernah berkata ‘langkah mayat saya sebelum PAS boleh memartabatkan HUDUD di Malaysia’ tidak hidup selama-lamanya untuk terus menjadi Trauma kepada PAS, namun apakah ada jaminan tidak akan wujud lebih ramai lagi Karpal Singh dalam DAP yang sememangnya sebuah parti yang di dominasi sentimen bukan bumiputera yang ingin merubah ‘Lanskap Politik ‘ Tanah Melayu menjadi seperti Singapura selama-lamanya.

Hanya masa dan kewarasan akal-budi masing-masing yang mampu menentukan apa halatuju Malaysia yang kita inginkan….

ZAMBRY MB PERAK YANG SAH-ADAKAH PR HORMATI KEDAULATAN UNDANG-UNDANG?
Petang tadi, Panel 3 Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya membuat keputusan sebulat suara(maknanya 3-0) memihak kepada rayuan Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei 2009 lalu yang mengesahkan Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Sehubungan keputusan Mahkamah Rayuan ini bermakna Zambry merupakan Menteri Besar Perak yang SAH dan semua pihak wajar menghormati keputusan yang di buat mengikut lunas-lunas Perundangan serta Perlembagaan tersebut.

Persoalannya mampukah pemimpin serta penyokong PR  menerima keputusan Panel 3 Hakim Mahkamah Rayuan tersebut dengan hati terbuka ? Adakah PR akan kembali memainkan lagu lama kegemaran mereka iaitu menuduh Hakim berat sebelah setiap-kali keputusan penghakiman tidak berpihak kepada mereka? Amatlah malang andaikata pihak tertentu dalam PR tidak menghormati kedaulatan undang-undang dan cuba mengapi-apikan penyokong mereka melalui ceramah- ceramah umum agar timbul persepsi bahwa Nizar di-aniaya atau dizalimi oleh BN melalui penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut.

Kepada Zambry, rakan-rakan EXCO serta Wakil-Wakil Rakyat BN , ini bukan masa untuk bergembira-sakan atau mendabik dada menunjukkan keangkuhan, malah berakhirnya episod ini buat sementara waktu sewajarnya menyuntik keinsafan bahwa laluan dihadapan masih penuh onak dan duri cabaran. Oleh itu tunjukkan keikhlasan berkhidmat sungguh-sungguh untuk rakyat Perak yang sudah bosan dengan kemelut yang melanda negeri tersebut sekian lama. Rangka dan laksanakan program yang benar-benar mampu mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum, agama serta sempadan daerah. Sentiasalah berdamping dengan rakyat dan jadilah pemimpin yang mampu menyelami permasaalahan rakyat serta mampu menyelesaikan masaalah tersebut sesegera mungkin.

Pada masa yang sama, teruslah setia kebawah DYMM Tuanku Sultan Perak dan dari semasa ke semasa mohonlah bimbingan serta nasihat dari  Baginda tentang perkara-perkara tertentu yang ingin dilaksanakan atau dalam menyelesaikan sebarang permasaalahan yang dilihat terlalu sensitif.

Kepada Rakyat Perak, bersatu padulah dan sokonglah Kerajaan Semasa “Government of The Day’. Cukup-cukup lah dengan aktiviti politiking yang tidak berkesudahan. Ini adalah masa untuk membangunkan Negeri serta Rakyat agar terus sejahtera seperti negeri-negeri lain di Malaysia.

Sabah mengalami pengalaman pahit tertinggal 10 tahun dari segi pembangunan di banding Sarawak akibat ketidak-stabilan iklim politik serta kerap bertukar-tukar kerajaan dalam sekitar tahun 1976-1992. Dan amatlah menyedihkan andaikata trajedi Sabah berulang kembali di Bumi Perak yang bertuah.

PAS PUN 2×5
Musim lobi-melobi jawatan sempena pemilihan pucuk pimpinan PAS di Muktamar yang akan datang menampakkan wajah ’sebenar’ pemimpin PAS yang mendakwa parti mereka adalah parti  ‘HIZBULLAH’ kononnya. Pelbagai cerita tentang perlakuan rasuah politik dikhabarkan bukan oleh orang luar bahkan oleh orang parti itu sendiri termasuk lah pendedahan yang di buat oleh Ketua Dewan Ulama PAS Ustaz Mohammad Daud Iraqi.

Pelbagai cara di gunakan oleh calon-calon yang bertanding untuk meraih sokongan dari perwakilan parti di peringkat bahagian dengan memberi ‘Hadiah’ yang sebenarnya adalah merupakan sebahagian gejala politik wang. Entah esok lusa akan di keluarkan pula fatwa bahwa apa yang diberikan oleh calon secara langsung maupun melalui agen-agen bukanlah rasuah tapi merupakan ’sedekah’ yang di tuntut agama.

Adalah tidak mengherankan apabila gejala politik wang sudah lebih ketara dalam PAS akibat dari perlumbaan untuk menduduki jawatan strategik dalam parti yang mereka yakini akan mampu membentuk Kerajaan Persekutuan dalam PRU13. Selain itu, kebanyakan yang bertanding pula merupakan mereka-mereka yang berjawatan sebagai MB, EXCO Negeri, Wakil Rakyat serta ahli-ahli korporat di negeri-negeri yang di perintah Pakatan Rakyat, dan sudah pasti mereka mampu untuk memberi lebih dari setakat air liur semata-mata.

Bezanya dalam PAS, gejala Politik Wang berjaya ditutup oleh konspirasi ‘Arahan Tutup Mulut’ oleh hiraki  pimpinan Parti atas alasan tidak mahu membuka ‘Pekung Di Dada’. Rasuah politik ini juga menampilkan sikap ‘Munafik’ atau ‘Hypocrite’ parti PAS dalam isu Politik Wang dengan membesarkan kes politik wang dalam pemilihan UMNO yang lalu, tapi pada masa yang sama berusaha menyembunyikan hakikat bahwa mereka pun 2X5 dengan  mana-mana parti politik yang terdapat di dunia.

Di Sabah , khususnya di Tawau, pelbagai kaedah politik wang di lakukan termasuk mengadakan atau menaja acara serta program dengan menghimpunkan perwakilan-perwakilan, yang sebenarnya adalah untuk meraih undi dalam pemilihan parti semata-mata. Hari ini sahaja didapati begitu ramai ahli-ahli PAS dari seluruh negara termasuk perwakilan bahagian yang mendapat ‘hadiah’ berhimpun jauh di negeri di bawah bayu, khasnya di Tawau Bumi Peladang. Kononnya atas nama perhimpunan Penggerak-pengerak PASTI, satu acara Hari Guru di adakan di sebuah hotel di Bandar Tawau, dimana lebih 70 bilik telah ditempah kononnya atas tajaan pihak-pihak tertentu.

Kebetulan pula yang turut hadir memeriahkan acara PAS di Tawau hari ini termasuklah calon-calon Naib Presiden seperti YB Salahuddin Ayub, YB Mahfuz Omar  serta calon Ahli Jawatankuasa Kerja Ustaz Abu Bakar Chik !

ROMBAKAN KABINET NEGERI SABAH
Selepas mesyuarat kabinet negeri Sabah petang tadi, YAB Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan rombakan kecil  kabinet negeri Sabah.

Rombakan kabinet ini diadakan sebagai lanjutan  kemasukan Datuk Raymond Tan, mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah menyertai Parti Gerakan, selepas meninggalkan SAPP dan menjadi ADUN bebas selama 8 bulan.  Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah bagi kuota Cina kini disandang Datuk Peter Pang, Naib Presiden parti LDP,yang akan terus mengekalkan jawatan Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah. Selain itu, LDP juga mendapat tambahan jawatan Pembantu Menteri apabila ADUN kawasan Merotai Pang Yuk Min di lantik Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Infrastruktur.

Walaupun kehilangan jawatan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan masih kekal dalam kabinet Sabah sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian bagi menggantikan Datuk Ewon Ebin(UPKO) yang berpindah kementerian Pembangunan Luar Bandar. Jawatan Menteri Pembangunan Infrastruktur pula kini di pegang Timbalan Ketua Menteri Kuota Bumi Bukan Islam,iaitu Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan(PBS).

Sementara itu, beberapa perubahan portfolio jawatan pembantu Menteri juga berkuat-kuasa mulai hari ini melibatkan Donald Mojuntin(UPKO) yang berpindah dari kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat ke jawatan baru selaku Pembantu Menteri Kewangan 2, Datuk Jainab(UMNO) berpindah dari Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian ke Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat manakala Datuk SP Micheal Asang(PBS) yang sebelum ini memegang jawatan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur berpindah kejawatan baru sebagai  Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian . Jawatan-jawatan lain samada Menteri maupun Pembantu Menteri masih kekal dengan penyandang yang sedia ada.

Dengan selesainya rombakan kecil kabinet negeri Sabah hari ini, maka berakhirlah semua spekulasi serta teka-teki yang melanda negeri Sabah sejak keluarnya parti SAPP pimpinan Yong Teck Lee dari BN pada bulan Ogos 2008, akibat terpedaya dengan impian 16 SEPTEMBER yang dicanang-canang Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Semoga kabinet negeri Sabah akan meneruskan segala perancangan baik yang telah di atur untuk membangunkan Sabah serta mensejahterakan rakyat tanpa sebarang gangguan akibat ketidak-tentuan iklim politik yang amat tidak diperlukan.